loading...
Kesian punya pasal, lelaki ini sanggup buatkan ‘kerusi roda’ untuk ikan emas yang tidak boleh terapung di dalam air.
Derek, 20, bekerja di sebuah kedai akuarium di San Antonio, Texas, tidak sampi hati melihat ikan tersebut hanya mampu berlegar-legar di dasar akuarium kerana ia tidak dapat mengawal dirinya untuk terapung.
“Saya membeli tiub yang selalunya digunakan untuk pengudaraan tangki ikan dan melilitnya keliling ikan berkenaan.
“Kemudian saya menambah injap pada bahagian bawah yang berfungsi seperti ‘kerusi’ untuk menegakkannya.
“Selain itu, saya turut meletakkan pemberat di bawah ‘kerusi’ berkenaan manakala stirofoam digunakan untuk membantu apungan dan memudahkan pergerakannya,” katanya.
Video Drek membantu ikan emas itu mula menjadi viral selepas seorang Youtuber, Taylor Dean yang sering berkongsi video penjagaan haiwan di Youtube mula memuat naik video tersebut di Twitter.
loading...
0 Response to "**[Video] Masya Allah !! Lelaki ini Buatkan ‘Kerusi Roda’ Untuk Ikan Emas Yang Tidak Boleh Terapung , Sedih Tengok Ikan Ni Sebelum Diletakkan "kerusi Roda" Yang Dicipta Oleg Tuan Nya Sendiri !..."
Post a Comment