Rakaman Video Detik-detik Sebelum Terjatuh Dan Maut Di Pusat Membeli Belah

loading...
Rakaman Video Detik-detik Sebelum Terjatuh Dan Maut Di Pusat Membeli Belah

Allahuakhbar !! Yg Tak Kuat Tu Tolong Jgn Play Video Nii !!! Sentap Jantung Tengok Dia Sempat Bergayut Sebelum Terjatuh !! Dia Cuba Minta Pertolongan Tapi Org Tak Dengar !! KesianNya...
Rakaman Video Detik-detik Sebelum Terjatuh Dan Maut Di Pusat Membeli BelahSINGAPURA - Sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah bocor dan tersebar di internet, menunjukkan detik-detik sebelum seorang remaja berusia 17 tahun mati akibat terjatuh dalam pusat beli-belah Orchard Road, Jumaat.

Dalam video 15 saat itu, remaja itu dilihat melompat penghadang kaca setinggi 1.2 meter dalam pusat beli-belah Orchard Central dan kemudian seorang gadis yang bersamanya kelihatan terkejut apabila dia memandang ke bawah.
Masa dan tarikh dalam video rakaman itu sepadan dengan hari kejadian, manakala tulisan 'Orchard Central' dapat dilihat dalam rakaman tersebut.
Ia adalah rakaman dari sebelah jambatan Orchard Gateway yang menghubungkan dua pusat beli-belah tersebut. Orchard Gateway telah mengesahkan kesahihan video itu.
Remaja tersebut dipercayai bernama Jonathan Chow Hua Guang.
Seorang saksi sebelum itu menggambarkan bahawa Jonathan terus melonjakkan badannya untuk melompat melepasi pagar jambatan di tingkat empat pusat beli-belah itu untuk mengambil telefon yang jatuh di atas sekeping 'papan' yang dilihat kukuh.

Bagaimanapun, ia hanyalah sekeping papan plaster yang tidak dapat dapat menampung beban.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang Jumaat di mana Jonathan telah jatuh di atas kepingan tersebut sebelum ia runtuh.
Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura membawa remaja berkenaan ke Hospital Tan Tock Seng tetapi beliau kemudian meninggal dunia di hospital.
Maklumat di laman Facebook Jonathan menunjukkan beliau adalah pelajar Randwick Boys' High School, sebuah sekolah di New South Wales, Australia.
Beliau dilihat gemar bermain 'skateboard' dan meminati aktviti ekstrem, parkour.
Jonathan kembali ke Singapura tahun lepas dan menunggu untuk pendaftaran khidmat negara, kata bapanya kepada Shin Min Daily News.
"Saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku (pada hari Jumaat)," katanya di rumah mayat pagi Sabtu.- The Straits Times/Asia News Network
loading...

0 Response to "Rakaman Video Detik-detik Sebelum Terjatuh Dan Maut Di Pusat Membeli Belah"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
fx khairol: #headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close