Disangka Bergurau Rupa-rupanya Memang Betul-betul Lemas

loading...
Disangka Bergurau Rupa-rupanya Memang Betul-betul Lemas

Bergurau Ada BatasNya Dik ! Pengajaran Penting Buat Semua !! Khabar angin MengataKan Budak Nii Selalu Suka Bergurau Pura-pura Lemas !! Sampai Satu Hari Tu Dia Memang Betul-2 Lemas Tapi Org Ingat Dia  Bergurau !! Ibu Nya Terus Rebah Terketar Satu Badan !!
Disangka Bergurau Rupa-rupanya Memang Betul-betul Lemas
ANGGOTA perubatan membantu mangsa yang lemas di Laman Rekreasi Tasik Pandan. 


Johor Bahru: “Ketika berada di taman, dia (Mohd. Farizuan) terjun ke dalam tasik secara bersendirian dan bermain bersama bola di tasik berkenaan.
“Kami ada berpesan kepadanya supaya jangan berenang ke tengah tasik tetapi perangai dia yang suka bergurau membuatkan kami tidak menghiraukannya,” kata Aliff Mukzani Mohd Arif, 14.
Aliff Mukzani adalah saksi dan rakan kepada Mohd Farizwan Mansor, 12, yang lemas di Laman Rekreasi Tasik Pandan di sini, petang semalam.
Menurutnya, dia tidak menyangka gurauan rakannya yang mesra dipanggil Farizwan itu yang berpura-pura lemas benar-benar menjadi kenyataan.
“Farizwan bersama saya serta sembilan rakan lain ke kawasan rekreasi berkenaan untuk bermain selepas selesai menyertai pertandingan bola sepak di Padang Taman Saujana yang terletak berhampiran.
“Ketika leka bermain dalam tasik, secara tidak sengaja, dia terbaling bola jauh ke tengah tasik dan ketika cuba mengambilnya, arwah terkapai-kapai sebelum tenggelam,” katanya ketika ditemui, semalam.
Katanya, dia bersama lima rakan lain kemudian terjun ke tasik untuk cuba menyelamatkannya manakala rakan lain meminta pertolongan orang awam yang berada berdekatan.
“Kami terjun untuk menyelamatkan arwah tetapi dasar yang dalam menyebabkan kami gagal menarik tangannya yang ketika itu sudah jauh ke tengah tasik,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Mohd Ridwan Limin berkata, pasukannya menerima maklumat pada jam 3.40 petang sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini, untuk dibedah siasat.
“Kami menerima panggilan jam 3.40 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya diketuai Raja Yusrin Unin bersama lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi jam 3.52 petang, terdapat kejadian lemas dan mangsa dijumpai oleh anggota bomba jam 4.14 petang dan cuba memberi bantuan pernafasan, namun mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya.
Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
loading...

0 Response to "Disangka Bergurau Rupa-rupanya Memang Betul-betul Lemas"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
fx khairol: #headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close