loading...
IPOH - Seorang peniaga di sebuah pasar awam di sini direman tujuh hari mulai semalam berhubung kes bunuh wanita berusia 53 tahun yang ditemui maut di bilik tidur tingkat atas rumahnya di Taman Dato Lew Yap Sip.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Suhaima Mohd Noor di Mahkamah Majistret Ipoh di sini, hari ini.
Peniaga lelaki berusia 34 tahun itu ditahan reman mulai semalam sehingga 20 Mac ini bagi membantu siasatan kes tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Terdahulu, lelaki terbabit tiba di mahkamah dengan memakai baju T belang hijau dan putih serta seluar lokap berwarna oren pada jam 10 pagi dan keluar kira-kira dua jam kemudian.
Semalam Sinar Harian melaporkan, Hamidah Abdul Rahman, ditemui mati di atas katil dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidur utama tingkat atas rumahnya serta terdapat kesan pecah di bahagian pintu masuk rumah dan pintu bilik tidur mangsa.
Pemeriksaan ke atas pembantu peniaga pasar awam oleh Pakar Patologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) turut menemui beberapa kesan tikaman di tubuh mangsa.
Kesan terbakar di langsir dan kerusi dalam bilik tidur mangsa namun polis tidak menjumpai senjata di tempat kejadian.
Jenazah mangsa telah dituntut keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya Tambahan, semalam.
loading...
0 Response to "( TERKINI ) Seorang Peniaga Di tahan Reman 7 hari berhubung kes bunuh wanita yg berusia lingkungan 50-an"
Post a Comment