loading...
Mama rindukan kamu, mama sayangkan kamu. Mama mampun mengandungkan kamu, melahirkan kamu. Mama tidak mampu kehilangan kamu. Mama tidak boleh lupa anak yang mama kandung selama 9 bulan 10 hari.
Mama rindukan awak saying. Kurang kah mama menjadi mama yang sempurna. Mama tidak sempurna, ke mama dan papa? Dekat mana kebahagiaan maama saying? Mama cuma perlukan anak dalam hidup mama dan papa.
Kasihan pada papa. Papa selalu sebut-sebut nama kamu saying. Kalau tidak, anak syurga mama sudah ada di sisi mama sekaran gini. Mesti keluarga kita sekrang ini bahagia ada kamu sayang.
Mama mampu bersabar dan kuat terima takdir dan redha dengan kehilangan orang yang paling mama sayangi.
Raya haji ke tiga
Pagi jam 8am, mama baring-baring tiba-tiba air ketumban sudah pecah. Mula itu mama tidak tahu lagi. Mama terus mandi-mandi dan mama sambung tidur balik. Mama borak-borak dengan papa. Ajak mama pergi jalan-jalan di tasik, kononnya.
Bila mama tengah ralit main telefon tengok baju-baju bayi yang comel-comel itu, mama geram-geram saja. Lepas itu, keluar lagi air ketumban bila mama cium saja bau macam pecah air ketumban macam di hospital biasanya mama bau.
Mama macam terkejut saja. Terus mama bagitau papa, papa tidur lagi papa kata itu kencinglah. Mama terus Whatsapp kaka sepupu Zakariyah Zaleha beritahu dia air apa yang tiba-tiba keluar ini?
Kak Leha suruh pergi hospital terus, tanda-tandanya anak mama mahu keluar. Papa pun siap-siap bawa mama pergi Hospital Klang Ampuan Rahimah.
Perjalanan mahu ke hospital, anak mama dalam peruk, okay saja masih bergerak aktif lasak saja. Mengeras saja.
Sampai sana pukul 9am baru buka 2 cm. Jam 11am terus naik wad 2B mama tak sakit lagi. Jam 2pm mama sudah rasa sakit setiap 5 minit. Air ketumban pun sudah terlalu banyak keluar sangat-sangat.
Kak Leha asyik terus Whatsapp mama suruh check sudah berapa sentimeter, mama beritahu misi, misi marah-marah mama dan tak layan pun. Misi cakap doktor akan datang periksa dalam masa 7 jam lagi.
Mama diam saja. Air ketumban sudah terlalu banyak keluar. Sampai basah katil. Papa sudah datang hantar beg baju bayi. Papa gembira sangat bila anak dia tiba masanya mahu keluar melihat dunia. Papa kata papa tidak sabra mahu peluk cium anak papa ini, sambil papa sayang-sayang belai-belai perut mama.
Waktu melawat sudah tamat dan papa pun terpaksa keluar. Sampailah waktu melawat jam 5pm sehingga 7pm, papa asyik berada di sini teman mama. Mama asyik membebel saja. Macam-macam mama bebelkan, asyik menyampah saja tengok muka papa. Macam mahu tumbuk saja tengok muka papa. Bila papa sudah keluar jam 7pm, papa masih tunggu papa di bawah.
Bayi kuat tending-tendang mama, sakit sangat-sangat pinggang ini. Kaki mama asyik kebas-kebas saja. Tetap sakit setiap 5 minit. Cuma Allah SWT saja yang tahu macam mana sakitnya mama.
Doktor datang periksa, doktor kata, baru 3cm dan perlu tunggu 7cm baru boleh bersalin. Kalau tidak sakit juga, esok pagi terpaksa masukkan ubat. Mama pun relakan saja demi anak mama.
Jam sudah pukul 12am, papa masih ada di sebelah mama sambil suapkan mama roti dan air suam. Lepas itu mama suruh papa pulang balik dan rehat-rehat. Papa tidak mahu balik. Pap kata papa mahu jadi orang pertama tengok anak mama dan papa yang mahu teman mama di labour room.
Mama cakap, esok pagi, jam 730am, mama perlu induce sebab mama belum rasa sakit mahu bersalin lagi. Tidak lama kemudian, paha mama tiba-tiba rasa lain macam saja dan mama tiba-tiba terasa macam mahu kentut. Setelah mama kentut, tiba-tiba mama rasa paha mama macam lecak. Pada mulanya, mama ingat mama tercirit, tetapi bila mama selak kain, mama lihat darah berketul-ketul masih keluar dekat celah kangkang peha pun jadi terkejut. Mama jadi lemah bila tengok darah sudah banyak sangat keluar. Mama sudah terlalu sakit.
Mama pegang besi dan mama terus teran dgn sekuat-kuatnya. Mama teran lagi sehingga surah mama sudah hilang. Mama rasa kepala anak mama sudah keluar, ada di celah kangkang mama. Mama jerit dalam kesakitan dan misi pun datang periksa. Misi itu kepit paha mama tidak bagi mama kangkang dan seluk kemudian menolak kepala anak mama ke dalam balik. Misi kata mama belum mahu bersalin lagi. Mama sudah terlampau sakit, mama jerit sakit.
Misi pun ramai sudah datang duduk pukul-pukul mama suruh jangan menjerit dan kepit paha mama supaya darah tidak banyak keluar. Doktor pun sama lambat datang. Misi pun telefon papa beritahu mama sudah mahu bersalin. Kebetuan papa masih berada di kawasan hospital.
Terus mama diusung misi-misi gila ke Level Room, Bilik Pembedahan, jam 1210 mama kena jalani pembedahan sebab nyawa mama dan anak 50-50 peratusan untuk hidup dan mati. Misi masukkan ubat pengsan, jantung bayi mama pun sudah lemah sangat-sangat, bayi pun sudah lemas. Mama pun rasa macam tengah tidur.
Jam 1pm, mama sudah selamat bersalin melalui pembedahan. Tetapi, bayi mama sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Allah SWT lebih sayangkan anak mama dari mama.
Jam 400pm, mama sudah sedar. Mama tanya pada misi di manakah suami saya? Misi beritahu papa ada di luar. Mama Tanya, saya sudah bersalin kah? Misi jawab, sudah puan. Misi beritahu mama supaya tidak cakap banyak sebab baru sedar.
Ketika itu, mama rasa bahagia sangat bila nampak perut mama sudah kempis dan tahu yang mama sudah selamat bersalin. Mama ingin tahu apa jantina anak mama. Mama sudah tidak sabar mahu lihat wajah anak mama. Dalam hati mama, mesti papa tengah dukung anak mama. Mama ingin tahu apa jantina anak mama lelaki ke perempuan.
Mama sudah tidak sabar mahu melihat wajah anak mama. Dalam hati mama, mesti papa tengah dukung anak dan azankan anak mama. Bahagia yang amat bahagia dalam hati yang sangat gembira. Tidak dapat mama mahu bayangkan wajahnya, tangisan suaranya. Tetapi…
Bila mama sudah keluar dari level room, mama Nampak papa, tetapi muka papa merah, mata papa bengkak. Dalam hati mama bertanya, kenapa papa sedih? Kenapa papa tidak gembira? Kan mama sudah selamat bersalin? Hati mama asyik tertanya-tanya kenapa .
Pagi Jumaat
Mama tanya papa mana anak mama papa. Anak kita lelaki ke perempuan? Papa tidak mahu menjawab. Muka papa sangat-sangat merah dan papa rasa bersalah kalau dia nak beritahu mama. Mama tanya lagi sekali, mana anak mama papa?
Masa itu, mama sangat-sangat gembira. Mama tidak boleh bergerak banyak sebab sakit. Pap apun beritahu mama sambil papa mengalirkan air mata. Papa cakap anak kita sudah tiada. Mama masa itu tetap tidak faham apa yang papa cakapkan itu benar atau tidak. Doktor pun cakap elok-elok pada mama yang anak mama sudah meninggal dunia. Betapa hancurnya hati mama. Mama mampu menangis dan meroyan. Suara mama perlahan dan mama tidak boleh mahu cakap apa-apa lagi.
Mama dengar suara anak orang di keliling mama. Mama asa mama mahu terjun bunuh diri pun ada sayang. Demi suami tercinta, mama bersabar lagi. Mama tidak mahu tunjuk yang mama ini sedang meroyan. Mama tidak mahu papa turut sedih. Mama tetah tahan sedih mama. Mama hanya mampu menangis di dalam hati.
Mama ajak suami tengok anak mama. Mama tidak boleh bangun dan bergerak. Mama sabar lagi. Sampaikan ke esokan hari jam 7am, suara bayi menangis kedengaran di telinga. Mama pun mula meroyan cari mana papa, mama anak mama. Misi-misi itulah yang duduk pujuk mama. Mama mahu bayi orang keliling mama dukung anak ke hulu ke hilir.
Sampai jam 2pm papa datang bawa anak yang mama lahirkan. Subhanaallah, anak kita papa. Papa balut dengan kain batik mama, mama suruh papa buka balutan itu. Mama tengok wajah-wajah kali pertama dan terakhir wajah anak mama sebiji muka papa
Syarifa Nur Jannah, mama minta maaf sayang. Mama tidak dapat mahu jaga anak mama ini. Mama tidak tahu mahu cakap apa masa itu sayang. Mama hanya mampu menangis. Mama cium pipi anak mama. Mama belai rambut anak mama. Mama cium-cium dahi anak mama. Mama seakan-akan tidak percaya anak mama yang selama ini ada di dalam Rahim mama kini sudah pergi meninggalkan mama. Mama terlalu merindukan anak mama.
loading...
0 Response to "Misi itu tolak kepala anak mama masuk ke dalam balik!"
Post a Comment