Masyaallah !! Kita Tak Tahu Bila Ajal Kita Semua , Ini Sebagai Satu Pengajaran Buat Kita ! jika Bermanfaat TOLONG Share Jangan Di abaikan!!

loading...

Suami isteri maut disambar petir

SUAMI isteri maut disambar petir di taman permainan di Jalan Kenari 10, Bandar Puchong Jaya, Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 57 dan 59 dikatakan sedang beriadah di taman berkenaan. - Foto Ihsan Pembaca
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga emas maut disambar petir ketika beriadah di padang permainan di Bandar Puchong Jaya di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, dilihat terbaring oleh orang awam selepas dipanah petir di padang permainan Jalan Kenari 10.
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong, berkata seorang daripada mangsa berdarah di kepala ketika anggota tiba di lokasi kejadian.
"Pembantu perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang tiba lokasi pada jam 7 malam mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
"Mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita, sebentar tadi.
Katanya, pemeriksaan polis menemui kesan serpihan panahan petir pada batu laluan pejalan kaki di lokasi kejadian.
"Kita mengesan pendarahan di muka mangsa berkemungkinan akibat terjatuh atau terhantuk," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
loading...

0 Response to "Masyaallah !! Kita Tak Tahu Bila Ajal Kita Semua , Ini Sebagai Satu Pengajaran Buat Kita ! jika Bermanfaat TOLONG Share Jangan Di abaikan!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
fx khairol: #headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close