loading...
Aku melabuhkan punggung di atas batas batu di kaki lima 7-Eleven. Street food paling sedap kalau dinikmati di tempat ia disediakan; iaitu di tepi jalan. Kalau makan di tengah jalan, itu namanya gonjol.
Sewaktu aku keluarkan bekas polisterin yang tertulis “DDS” daripada plastik, kelihatan sebuah kereta polis peronda menghampiri gerai beger di mana aku beli beger daging double special ni tadi.
“Alamak, awal pula hari ni. Selalu pukul 10 baru sampai. Tak siap lagi ni.” ujar si peniaga beger.
“OK. Kami pergi ronda dulu. Sekejap lagi kami datang balik” balas salah seorang abang polis di dalam peronda tersebut sebelum beredar.
Regular customer kot.
Macam lipas kudung peniaga beger tu siapkan tempahan polis-polis tadi. 2 beger daging, 2 beger ayam. Aku perasan dia sapu mentega lebih banyak daripada beger-beger dia buat sebelum ni. Tomato 2 potong, sayur berimbun, senang cerita segala ramuan lebih banyak daripada biasa.
5 minit kemudian, peronda tadi kembali lagi.
“Nah! Kirim salam pada dorang semua” kata peniaga beger itu sambil hulurkan beger ke tingkap kereta peronda yang terbuka luas.
Setelah peronda itu beredar, peniaga tadi sambung semula siapkan tempahan para pembeli yang sudah lama menunggu.
“Apa ni bang! Kenapa buat si anjing-anjing tu punya dulu? Siap abang buat dorang punya semua lebih. Dah la dorang tak bayar!” kata seorang pelanggan yang dari tadi menunggu di atas motorsikal, meluahkan ketidakpuashatiannya.
“Tu la pasal! Jangan bagi muka sangat!” tambah si pembonceng kepada pelanggan tadi.
“Korang pun nak macam dorang punya ke? Boleh. Aku belanja. Tak payah marah-marah.” respon si peniaga.
“Eh, tak payah, bang. Kitorang bukan kaki pow macam dorang”
“Dorang bukan pow aku. Dorang tolong aku je” si peniaga menidakkan tuduhan itu.
“Kalau bukan pow, tadi tu apa? Bayaran perlindungan?”
“MashaAllah! Apa korang merepek ni? Beger tadi tu bukan untuk doranglah. Bini aku sakit, dia dekat hospital. Kat rumah tak ada orang masak. So, beberapa hari ni aku minta tolong polis-polis tu hantarkan makanan kat anak-anak aku kat rumah.”
Jeng jeng jeng!
Terus berubah muka dua orang pelanggan tadi. Kalau aku jadi dorang, aku tak tunggu beger aku siap. Aku bayar, pastu terus naik motor, chow balik rumah, cebur muka dalam mangkuk tandas, lepas tu flush!
Lain kali jangan main serkap jarang. Jangan tuduh melulu. Apa yang kita nampak, mungkin hanya sebahagian daripada apa yang berlaku. Jadi, jangan cepat sangat buat kesimpulan, terutamanya kalau ia melibatkan perkara-perkara buruk.
Anggota-anggota polis tadi menjalankan tugas mereka dengan baik, menghulurkan bantuan kepada komuniti, tapi dituduh pula tidak berintegriti kerana memeras ugut. Malah, digelar anjing pula.
Bukan semua anggota PDRM tu Unit K9, tau!
Tak apa abang-abang polis. Selagi korang “Tegas , Adil dan Berhemah”, aku dan rakyat Malaysia akan doakan korang sentiasa dirahmati Allah.
Drama dah habis, aku pun bangkit dari tempat duduk. Terkejut aku tengok beger DDS aku tadi dah bertukar jadi popcorn. Bila masa aku beli bertih jagung, Tuhan je tahu.
Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
loading...
0 Response to "MARAH Bagi Burger Pada Polis Dulu. Apa Penjual Burger Ni Bagitau Buat Pelanggan Lain TERDIAM !!!"
Post a Comment