loading...
''Kerap juga saya ditugaskan ke Beijing menggunakan laluan itu, tapi tidak pernah berdepan situasi cemas. Sepanjang 14 tahun sebagai pramugara, hanya sekali saya mengalami keadaan menakutkan apabila enjin kapal terbang tiba-tiba tidak berfungsi,” katanya Zarul.
“Kebetulan saya bercuti pada hari tersebut, kalau tidak mungkin saya antara anak kapal yang ditugaskan ke Beijing,” kata vokalis kumpulan Umbrella, Zairulkefli Husin lagi yang juga merupakan seorang pramugara ketika kejadian tersebut berlaku.
Menurut Zarul, ketika hari kejadian dia memohon cuti untuk berehat bersama keluarga dan anak-anak.
“Semua anak kapal berkenaan adalah rakan saya. Dua minggu sebelum kejadian terbabit, saya ditugaskan dengan seorang daripada mereka ke London. Kami sempat ke gimnasium dan bersarapan. Saya terkejut dan sedih mendengar berita itu''. </span>
Laporan Zarul tersebut dibuat apabila diminta mengulas tragedi kapal terbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dipercayai hilang di udara Vietnam ketika dalam perjalanan ke Beijing.
Zarul membayangkan sukar untuk memikirkan bagaimana keadaan rakannya dalam pesawat tersebut menenangkan penumpang yang panik.
Dalam kenyataan lain, Zarul melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Zed Zaidi yang memberikan tweet seolah menganggap tragedi tersebut sebagai insiden yang kelakar.
“Satu dunia berdoa dan terus berharap mereka selamat. Semua orang bersedih. Tidak wajar dia menulis sedemikian, bayangkan kalau keluarga kita ada dalam pesawat itu. </span>
“Mungkin perkataan ‘hilang’ itu bagi dia hanya sekadar hilang di udara dan bukannya terhempas. Tapi isu status itu sudah selesai. Zed memadamkan status itu dan meminta maaf,” kata Zarul.
Bagaimanapun Zed Zaidi memberikan kenyataan keliru dengan kejadian menyebabkan dia membuat tweet tersebut. Setelah menyedari hal sebenar, Zed memohon maaf.
Terdahulu, tweet Zed Zaidi mendapat kecaman hebat kerana dianggap tidak prihatian dengan tragedi besar yang melanda dunia tersebut.
loading...
0 Response to "**JOM IKUTI KISAH-KISAH NGERI ZARUL UMBRELLA APA KESUDAHAN TIDAK KE BEIJING!!! "RAMALANKU BENAR-BENAR BELAKA''**"
Post a Comment