Hidup merempat menumpang di pusat snooker bersama adik beradiknya yang lain. Inilah rumah mereka. Beraya, berpuasa, berteduh semuanya di sini, namun masih mampu untuk cemerlang dalam SPM

loading...
Pelajar SPM dapat 6A1B1C meskipun hidup dibuang ayah dan menumpang pusat snuker
6A 1B 1C, Inilah kejayaan yang amat bermakna untuk adik Farah Marcella, pelajar SMK Seri Kota Puteri.
InshaAllah saya punya kawan-kawan yang prihatin dan saya akan membantu pengajian beliau yang seterusnya. Saya harap anda sudi untuk bersama-sama membantu Farah Marcella. Maklumat lengkap akan dimaklumkan nanti.
Anak ini tidak berkemampuan, ditinggalkan bapa dengan adik beradik yang ramai tanpa rumah. Kerap tidak hadir ke sekolah dan akhirnya dibuang sekolah semasa tingkatan 4.
Masuk tingkatan 5, dia datang daftar dirinya sendiri. Beberapa bulan kemudian, dia menghilangkan diri lagi. Saya cuba mencari dia. Saya lihat dia susah dan jika tidak dibantu, ia merupakan satu kerugian kerana saya nampak dia ada potensi.
Saya bawa dia pulang ke rumah, saya jaga dia, ajar dia, tuisyenkan dia. Hanya dalam tempoh dua bulan setengah sahaja, akhirnya atas usaha dia juga yang tidak mengenal erti penat lelah, dia berjaya!
Allah, semoga dia terus diberikan kekuatan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
loading...

0 Response to "Hidup merempat menumpang di pusat snooker bersama adik beradiknya yang lain. Inilah rumah mereka. Beraya, berpuasa, berteduh semuanya di sini, namun masih mampu untuk cemerlang dalam SPM"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
fx khairol: #headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close