loading...
Pagi ini, tepat pada pukul 07:57 pagi, saya menaiki LRT di stesen Kelana Jaya untuk ke tempat kerja saya.
Ketika pintu dibuka dan saya masuk ke dalam, pemuda ini memandang saya dari “atas dan ke bawah” dengan muka yang sangat “nakal”, anda akan tahu anda rasa tidak selamat untuk berada di sekitarnya selepas melihat wajahnya. Setelah saya melalui dirinya untuk ke dalam lrt, saya terdengar bisikan di telinga saya, berkata, “Fuuuh, can i hisap you?” atau “Fuuuh, boleh saya hisap awak?”
Memandangkan lrt hampir penuh, saya berdiri cukup dekat dengan dia, dan dia berada betul-betul di pintu kereta api. Dia terus melihat saya, tersenyum, buat muka. Saya tahu saya perlu berbuat sesuatu. Jika anda berada dalam keadaan itu, pasti rasa sangat marah, terkejut, rasa seperti tidak boleh berbuat apa-apa. Dengan lantang, saya berkata, “Apa masalah kau?!” Dan dia bertindak balas dengan tersenyum.

Saya ambil telefon saya dan mengambil gambar-gambar dia bagi memalukan dia, tetapi dia menutup mukanya. Dia kemudian turun di 2 stesen yang akan datang selepas itu, di Taman Paramount.
Saya harap saya boleh melakukan lebih dari hanya berteriak untuk melindungi diri saya sendiri, agar orang tahu dan berhati-hati dengan lelaki ini, untuk menghalang dia dari menaiki lrt dan lain-lain, tetapi saya agak tergamam. Saya tak tahu nak kata apa untuk menggambarkannya. Membuatkan saya menggeletar, menangis, dan saya harap tiada sesiapa yang melalui pengalaman seperti ini di mana-mana sahaja mereka berada.
loading...
0 Response to "Hati-hati Semua !! Dalam LRT pon Boleh Kaa !! Peringatan Kepada Semua Terutama Wanita !! Ambik Kesempatan Dalam Kesempitan Nii !! Dah Kena Tangkap Baru Nak Menyesal Nangis Mcm Budak-2 !!"
Post a Comment