loading...
Pengawal keselamatan hotel di sini membuat laporan polis, hari ini mendakwa pemandu teksi menampar pipi kanannya sebanyak dua kali sehingga menyebabkan telinganya kini mengalami kesakitan.
Langkawi: Pengawal keselamatan hotel di sini membuat laporan polis, hari ini mendakwa pemandu teksi menampar pipi kanannya sebanyak dua kali sehingga menyebabkan telinganya kini mengalami kesakitan.
Abdul Halim Yon, 49, berkata, kejadian itu berlaku pada 9.20 pagi tadi ketika dia meminta pemandu teksi terbabit mengalihkan keretanya yang diletakkan di hadapan lobi hotel ke kawasan parkir di belakang hotel tempatnya bekerja.
"Saya hanya menjalankan tugas seperti diarahkan pihak pengurusan dengan meminta pemandu teksi mengalihkan kenderaan yang diletakkan di hadapan lobi ke kawasan belakang hotel.
"Tiba-tiba dia (pemandu teksi) menampar pipi kanan saya sebanyak dua kali di hadapan orang ramai yang menyebabkan saya rasa malu," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Teriang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Deputi Superintendan Mahani Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
loading...
0 Response to "Langkawi , Ditampar dua kali Oleh Pemandu Taxi."
Post a Comment